Shopping Mall Di Kelantan Hambar ?


Semalam saya ada membaca satu berita didalam suratkhabar bisnes berkenaan industri beli belah dikalangan rakyat Malaysia yang tidak seperti dulu. Kalau dulu orang kita sanggup berhabis duit semata-mata nak shopping tapi sekarang orang kita lebih banyak cautious dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan sesuatu barangan.

Tambahan pulak sekarang dengan adanya online shop seperti lazada, shoppee dan sebagainya. convenient yang ditawarkan oleh online shop ini menyebabkan orang kurang nak gi mencari dan membeli barangan kat shopping mall.

Dalam keratan akhbar itu turut berkongsi data tapi saya tak ingat, kena check balik keratan berita itu tapi apa yang saya ingat, prestasi adalah menurun kalau berbanding tahun lepas.




Apa yang saya nampak kesan yang saya cakapkan diatas turut terkesan kat shopping mall yang ada di Kelantan. Acu try gi perhatikan kedai-kedai yang ada didalam mall, makin banyak bukak ke makin banyak tutup. Kalau pada pandangan saya, banyak kedai tutup kat dalam mall hok ada dalam Kelantan kita nih.

Lepas tu, try gi kelih suasana kat shopping mall kalau waktu-waktu biasa, macam suram jah, sehinggakan saya rasa penjual lagi ramai pada pembeli.

Sekarang ini hanya ada 4 shopping mall kat Kelantan iaitu Kota Sri Mutiara, KB Mall, KBTC Mall dan Aeon Mall dan 4 hypermarket iaitu Pacific, The Store, Pantai Timur, Mydin, Giant dan Tesco.

Bagi saya kalau tengok kepada hypermarket tu nampak pesen tak terjejas kerana orang sentiasa gi untuk membeli barangan keperluan harian. Harga yang ditawarkan pun kompetitif menyebabkan orang Kelantan kita yang dulu suka membeli di pasar-pasar kini lebih prefer membeli di hypermarket. Semua dah bawah satu bumbung, so masa jimat, tenaga pun jimat.




Bagi saya lah, shopping mall kat Kelantan nih kena lebih creative, takleh sama antara satu sama lain. Tapi realiti gitu lah sekarang. KB Mall ke Aeon Mall ke lebih kurang sama jah. Sepatutnya kenalah buat lebih menarik contohnya tambah pawagam ke, ada pusat sukan ke, atau apa-apa tarikan yang boleh menarik crowd.

Nih pun ada lagi mall yang menunggu masa untuk dibukak kat Kelantan contohnya seperti Platinum Mall dan ada jugak yang masih dalam perancangan. Tak tahu lah jadi apa kepada mall yang sedia ada.




Comments

Jom Like

Popular posts from this blog

Cara Nak Mintak Kerja Kat Ain Medicare Pengkalan Chepa

Nasi Kerabu Tersedap Di Dunia Ada Di Terengganu