Posts

Showing posts from October, 2019

Brader Nih Jual Nasik Ayam RM1.90 Untuk Bantu Orang Ramai Especially Yang Anak Ramai

Image
Terlebih dahulu ambo nak mintak maaf kalau menyusahkan korang. Untuk membaca pasal brader nih, korang perlu klik link dibawah ini https://maafsebut.blogspot.com/2019/10/brader-nih-jual-nasik-ayam-rm190-untuk.html Ambo tak boleh share terus link Blog Maafsebut kat Page Maafsebut kerana masalah coding. Tapi kalau bukak kat sini ok pulak. Sekali lagi ambo mohon maaf. By the way, kunjungan korang semua kat BLOG MAAFSEBUT sangat bererti kepada ambo kerana bila ramai pembaca kat BLOG MAAFSEBUT lah ambo jadi terus rajin dan bersemangat nak menulis artikel kat BLOG MAAFSEBUT

Lelaki Maut Time Tengok Video Porno

Image
Seorang pelancong warga Britain berusia 60 tahun maut akibat serangan jantung selepas menonton video porno di sebuah kedai seks di Marghera, Itali pada Jumaat lalu. Daily Mail melaporkan, lelaki terbabit membayar 5 euro (RM23) untuk menonton video 15 minit di sebuah bilik khas disediakan di kedai terbabit. Bagaimanapun, pemiliknya, Franco Garoni mula bimbang apabila pelanggan terbabit tidak muncul sebelum menemuinya rebah di lantai. Dia kemudiannya menghubungi perkhidmatan kecemasan namun lelaki terbabit gagal diselamatkan. Media tempatan melaporkan, dia dipercayai mengalami serangan jantung di dalam bilik berkenaan.

Lelaki Yang Menjumpai Bayi Yang Dibuang Mahu Ambilnya Sebagai Anak Angkat

Image
Beberapa hari lalu, kecoh apabila seorang lelaki menemui seorang bayi baru lahir dan masih bertali pusat di dalam beg di bawah pokok berhampiran Flat Sri Anugerah, Larkin. Hari ini, lelaki itu menyatakan hasrat mahu menjadikan bayi perempuan tersebut sebagai anak angkat. Ahmad Fauzi Ismail berkata, dia sudah pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bagi mengetahui lebih lanjut mengenai proses pengambilan anak angkat. Lelaki berusia 28 tahun itu mengetahui peluang mengambil bayi berkenaan agak tipis, tetapi akan berusaha untuk menghantar borang permohonan. “Kakitangan JKM beritahu kena tengok urutan. Orang yang mohon ramai sangat. Lagipun kes dah viral jadi proses agak berbeza. “Siapa tahu ada rezeki saya nanti. Saya cuba ikut semua prosedur tapi tak nak berharap sangat, takut nanti kecewa,” katanya. Menurut bapa kepada seorang anak lelaki itu, dia berhasrat mahu menjadikan bayi tersebut sebagai anak angkat kerana telah lama menanti kehadi

Shopping Mall Di Kelantan Hambar ?

Image
Semalam saya ada membaca satu berita didalam suratkhabar bisnes berkenaan industri beli belah dikalangan rakyat Malaysia yang tidak seperti dulu. Kalau dulu orang kita sanggup berhabis duit semata-mata nak shopping tapi sekarang orang kita lebih banyak cautious dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan sesuatu barangan. Tambahan pulak sekarang dengan adanya online shop seperti lazada, shoppee dan sebagainya. convenient yang ditawarkan oleh online shop ini menyebabkan orang kurang nak gi mencari dan membeli barangan kat shopping mall. Dalam keratan akhbar itu turut berkongsi data tapi saya tak ingat, kena check balik keratan berita itu tapi apa yang saya ingat, prestasi adalah menurun kalau berbanding tahun lepas. Apa yang saya nampak kesan yang saya cakapkan diatas turut terkesan kat shopping mall yang ada di Kelantan. Acu try gi perhatikan kedai-kedai yang ada didalam mall, makin banyak bukak ke makin banyak tutup. Kalau pada pandangan saya, banyak kedai tutup kat dalam

Siapa Sangka Anggur Boleh Hidup Subur Di Terengganu

Image
Pine Hill’s Garden yang mengetengahkan konsep ‘unique farming’ (pertanian unik) kini menjadi tarikan baharu di kalangan masyarakat setempat dan pengunjung luar ke daerah Marang. Terletak di puncak sebuah bukit berketinggian 200 kaki dari aras laut, ramai yang tidak menyangka kawasan berhampiran pesisir pantai Kelulut itu merupakan salah satu pusat tanaman anggur yang menarik. Pemiliknya, Mohammad Salleh Angullia Isa, 26, menterjemahkan hobi dan bakatnya dalam bercucuk tanam dengan cara unik iaitu mewujudkan kebun anggur dan rumah yang berkonsepkan penginapan peranginan di kediaman keluarganya, di Kampung Bukit Kemas. “Pada permulaannya, kerja-kerja ini hanya hobi semata-mata di mana dari sudut latar belakang pendidikan, saya tidak pernah terlibat dalam bidang agricultural. “Saya hanya belajar daripada laman Youtube, media sosial, daripada kawan-kawan dan kelompok petani sehingga hobi tersebut berhasil menjadi pendapatan sampingan,” katanya ketika ditemui Uruseti

Brader Dari Dungun Ini Meraih Sekitar RM7000 Sebulan Hasil Jualan Telur Itik Masin

Image
Walaupun nampak kotor dan nampak macam kekampungan, tapi itu tak menghalang brader dari Kampung Bukit Merah, Padang Pulut memilih untuk menternak itik penelur sejak 5 tahun lalu. Walaupun ada kelulusan dalam bidang seni bina, tapi dia memang meminati penternakan sejak dari dulu lagi. Dia menternak sebanyak 1700 ekor itik yang menhasilkan lebih kurang 1,200 biji telur sehari bergantung kepada keadaan cuaca. Katanya, telur itik itu akan diproses menjadi telur masin dan bagi tempoh sebulan mampu mengeluarkan lebih 36,000 biji telur masin untuk diedarkan di 30 kedai di empat daerah iaitu Hulu Terengganu, Dungun, Kuala Terengganu dan Marang. Setiap bulan, dia mendapat keuntungan bersih sekitar RM5000 ke RM7000 iaitu lebih banyak dari kerja makan gaji. Sumber harian metro

Jom Kenal Sisi Jejaka Kelantan Yang Ramai Tak Tahu

Image
Minggu lepas saya ada mengepost satu artikel yang menjelaskan asbab kenapa jejaka kat Kelantan ini kacak dan bijak Baca  Kenapa Jejaka Kelantan Kacak & Bijak ?? Baca  Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan Baca  Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia Kali ini pulak saya nak berkongsi pulak sisi dan sifat jejaka Kelantan yang mungkin ramai wanita/gadis diluar sana tak tahu. 1. Suka Berada Dibelakang Tabir Ramai yang tuduh lelaki Kelantan malaskan ? Sebenarnya itu palsu sama sekali !! Sebenarnya lelaki Kelantan lebih suka bekerja dibelakang tabir dan si isteri bekerja didepan tabir. Kalau bab kerja-kerja berat serah kepada lelaki manakala bab negotiation dan berurusan diserahkan kepada si isteri. Bukankah itu lengkap melengkapi. So next time kalau pegi Pasar Siti Khadijah lepas tu nampak si husband lena tidur manakala si isteri tengah sibuk berniaga, jangan terus dituduh si husband

Kecewa Ditolak Lelaki, Gadis Gemuk Ini Nekad Turunkan Berat Badan

Image
Gara-gara memiliki berat badan berlebihan, seorang gadis bukan sahaja diejek malah turut ditolak untuk dijadikan kekasih oleh para lelaki. Berikutan itu, gadis yang dikenali sebagai Ainnur Zulkifli nekad untuk mengubah penampilannya dengan melakukan diet sihat. Akhirnya selepas hampir 7 bulan berusaha, beliau berjaya mengurangkan berat badan sehingga 35kg. Satu perubahan yang ketara bukan ? Menerusi perkongsiannya di Twitter, Ainnur telah mendedahkan tips dan petua yang diamalkan sepanjang melakukan diet tersebut. since everyone is posting their transformation pictures, here’s mine !! eventho nobody asked but 😔✌🏻 pic.twitter.com/kHWunQatVh — 𝖆𝖎𝖓𝖓𝖚𝖗 (@ainnurzlkifli) June 21, 2019 Kata Ainnur, apa yang paling penting ialah sesiapa yang ingin menurunkan berat badan perlu bersedia dari segi mental dan fizikal agar tidak mudah berputus asa. “Tips yang paling penting adalah dengan minum air dengan kadar yang banyak supaya sentiasa berasa kenyang, selain dari me

"Dunia Ini Tak Adil Untuk Kami OKU" - Rintihan Seorang Bekas Doktor

Image
Time melayari facebook sebentar tadi, saya terjumpa 1 post oleh seorang bekas doktor dari Temerloh yang berkongsi pengalamannya menjadi OKU. Hanya kerana dia OKU, dia terpaksa melupakan hasrat menjadi seorang doktor. Dia jugak turut menyatakan kekesalannya dengan mentaliti masyarakat Malaysia yang masih mempunyai stigma terhadap orang kurang upaya (OKU). Beliau dikategorikan Orang Kurang Upaya mental yang mana menghidap penyakit Bipolar Type 2. Disebabkan itu Farhan terpaksa berhenti kerja atas desakan bidang profesional itu sendiri. Saya adalah seorang OKU Saya sebagai bekas doktor dan kini pemilik kedai aksesori telefon DR.fone amat kesal dengan mentaliti masyarakat malaysia yang masih mempunyai stigma terhadap orang kurang upaya (OKU) kerana saya sendiri adalah OKU (mental) iaitu Bipolar Type 2 (Bukan gila). Sebenarnya sebab utama saya berhenti dari menjadi doktor adalah kerana stigma yang terlalu kuat terhadap orang OKU walaupun dikalangan profesional dalam kes saya di

Brader Kat Terengganu Nih Raih RM1000 Sehari Hasil Jualan Keropok Lekor

Image
Seorang peniaga keropok lekor di Wakaf Tapai berjaya meraih pendapatan RM1,000 sehari sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri. Pemilik ‘Peza Keropok Lekor Wakaf Tapai’, Faizal Yunos, 32, berkata, dia tidak menyangka mampu memperoleh hasil sebanyak itu. Katanya, permintaan terhadap keropok lekor meningkat sepanjang tempoh itu dan kebanyakannya untuk majlis rumah terbuka hari raya. Menurut Faizal, usahanya untuk menghasilkan keropok lekor berkualiti selepas diuji dengan masalah kewangan empat tahun lalu, akhirnya membuahkan hasil apabila produknya itu dipuji oleh masyarakat di sekitar Marang. Niatnya juga dalam mencari dan memberi nafkah kepada isteri serta empat orang anak, membuatkan dia terus bersemangat serta berusaha untuk meneruskan perniagaan itu walaupun permulaannya tidak memberikan hasil yang lumayan. Tambahnya, kini dia bercita-cita untuk mengembangkan lagi perniagaan yang memperoleh RM300 hingga RM500 sehari pada hari biasa itu dengan membuka sebuah kilang k

Kerana Takut Hubungan Dengan Allah Rosak, Artist Bollywood Ini Bersara

Image
Bintang filem remaja Bollywood, Zaira Wasim, membuat pengumuman untuk meninggalkan dunia lakonan dengan alasan kerjaya tersebut menganggu kehidupannya sebagai umat Islam. Bintang terkenal dengan filem Dangal itu berkata, dia tidak boleh bertoleransi antara agama yang dianuti dengan keperluan sebagai pelakon di pawagam India. “Perjalanan ini meletihkan apabila saya terpaksa berperang dengan diri sendiri. Hidup terlalu pendek namun terlalu lama untuk memerangi jiwa ini. “Oleh itu, hari ini saya buat keputusan dengan baik dan secara rasminya memberitahu pembubaran saya dalam bidang ini,” ujar Zaira di status laman sosialnya pada Ahad. Filem Dangal berdasarkan kisah seorang ahli gusti India itu menjadi filem yang mendapat kutipan tertinggi di India pada tahun 2016. Zaira, 18, memenangi Anugerah Anak Kebangsaan dalam Pencapaian Luar Biasa menerusi peranannya dalam filem yang menampilkan pelakon Aamir Khan. Zaira berkata, walaupun meraih populariti menerusi

Nasi Kerabu Tersedap Di Dunia Ada Di Terengganu

Image
Tiada siapa menyangka, kedai makan Fauzi Nasi Kerabu tanpa sebarang dekorasi menarik yang terletak di tepi jalan di Jalan Sultan Sulaiman telah berjaya ke persada dunia dengan mencipta kejutan apabila termasuk antara 50 restoran terbaik di dunia dalam The World Street Food Congress 2017. Pemilik Fauzi Nasi Kerabu, Mohd Fauzi Mat Salleh, 49, berkata, bukan calang-calang pencapaian diraihnya itu sepanjang 20 tahun berkecimpung dalam perniagaan makanan nasi kerabu yang hanya dianggap menu lokal yang popular dalam kalangan penduduk Terengganu dan Kelantan yang tidak mungkin digemari lidah masyarakat antarabangsa. Disebabkan itulah Mohd Fauzi memberitahu beliau dan isteri, Sumaiyah Mustapha, 44, sehingga kini seakan-akan masih lagi tidak percaya dengan pengiktirafan besar diterima mereka namun bersyukur dan berbangga dengan pengiktirafan yang turut disifatkan sebagai hadiah hari raya paling berharga tahun ini. Fauzi Nasi Kerabu menduduki tempat ke-23 merupakan antara enam rest

5 Persepsi Buruk Orang Malaysia Terhadap Orang Kelantan

Image
Sering kali orang Malaysia memandang buruk terhadap orang Kelantan. Semua benda yang buruk mesti akan dikaitkan dengan orang Kelantan walaupun ianya tidak benar seperti lelakinya yang dikatakan buruk perangai sehinggalah kepada wanitanya yang dikata hanya mampu menerima lelaki senegerinya. Adakah benar dakwaan itu? Adakah patut orang Kelantan dilabelkan sedemikian rupa atau ini hanyalah satu persepsi yang ramai orang ambil kerana terpengaruh dengan aliran pemikiran yang tak sepatutnya wujud? Berikut adalah senarai beberapa stigma yang diperkatakan tentang orang Kelantan yang tersebar ke seluruh pelusuk negara kita. 1. Orang Kelantan hanya berkawan dengan orang Kelantan Ini yang paling banyak tersebar dan rasanya ramai antara kita memiliki persepsi ini. Masalahnya, jika difikirkan, anda ada tak kawan orang Kelantan yang rapat dengan anda? Mesti ada. Pernah tak anda terfikir kenapa dia berkawan dengan anda pula? Bagaimana seseorang yang mempunyai rakan dari Kelantan bo

12 Keistimewaan Orang Kelantan Yang Ramai Tak Tahu

Image
Kalau disebut sahaja orang Kelantan, mesti dah ramai terpikir gelagat orang Kelantan time 'berkecek' yang ramai tak paham. Cuba tanya orang luar Kelantan, confirm diorang tak paham ape kebenda yang kita 'kecek'. Selain keunikkan 'kecek' ada banyak lagi keistimewaan orang Kelantan yang kalau korang tak baca apa yang saya kongsikan ini mesti rugi. 1. Kelantanese use a proper Malay word. Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh: Ulau - Melaka Ulaq - Kedah Ulor - Johor Ular - Kelantan ( ooo-laaa) dan banyak lagi… 2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’. Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah). Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perk

Cara Nak Mintak Kerja Kat Ain Medicare Pengkalan Chepa

Image
Ain Medicare Sdn Bhd (AMSB), syarikat farmaseutikal terkemuka, terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kota Bharu. AMSB dirasmikan secara rasmi oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed pada 17 April 1997. Kompleks ini terdiri daripada lantai pengeluaran, makmal, gudang dan pejabat pentadbiran. Lantai pengeluaran dilengkapi dengan bilik yang bersih. Kedua-dua makmal mikrobiologi dan kimia dilengkapi dengan peralatan yang canggih. Syarikat ini memiliki tenaga kerja lebih daripada 400 orang. Cara untuk memohon Sebenarnya terdapat 2 cara untuk memohon pekerjaan di Ain Medicare jika ada kekosongan jawatan dibuka. First, anda boleh check kekosongan jawatan disini dan terus memohon secara atas talian di  https://www.jobstreet.com.my/en/companies/453218-ain-medicare/jobs 2nd, anda boleh check kekosongan jawatan di  http://jmc-kotabharu.blogspot.com/ . Selalunya kalau kat sini anda dimintak untuk terus email permohonan kerja. Kekosongan jawatan kat Ain Medica

Tak Jadi Bertunang Sebab Si Lelaki Adalah Orang Kelantan

Image
Apa salahnya jadi orang Kelantan ? Hina sangat ke jadi orang Kelantan ? Kelantan nih bukan dari negara Malaysia ke ? Namun itulah nasib yang menimpa kepada seorang jejaka Kelantan, Muhammad Khairunnaim, dimana pertunangan cancel hanya semata-mata dia seorang anak Kelantan. Kisahnya viral di Twitter kerana dia mahu memberi cincin pertunangan secara percuma kepada bekas kekasihnya itu. Hasratnya untuk bertunang pada Oktober ini selepas hubungan cinta terjalin selama enam tahun terputus di tengah jalan berikutan campur tangan keluarga bekas kekasihnya. Selain didakwa tidak menghormati dirinya dan keluarga terutama ibu bapanya, punca keretakan hubungan mereka juga disebabkan bekas kekasihnya itu tidak sukakan orang Kelantan. Mengakui kecewa hubungan cinta selama enam tahun dibina selama enam tahun berakhir begitu saja, namum dia akur dengan apa yang berlaku. Apa pun diharap Khairunnaim akan bertemu jodoh yang lebih baik di masa akan datang. Kita hanya mampu mera

10 Recommended Perfume Untuk Perempuan Diluar Sana

Image
Ada sesuatu yang sangat ajaib tentang minyak wangi. Ia adalah gambaran keperibadian anda, tetapi ia tidak hanya berakhir di sana. Baunya cukup powerful dan unforgetable. Ada yang mengatakan ia adalah bentuk memori yang complicated, dan yang tidak dapat dilupakan pada masa itu. Jika anda sedang tercari-cari wangian baru yang sesuai dengan gaya anda dan bertahan lama, senarai 10 minyak wangi terbaik untuk wanita adalah untuk anda. 1. Marc Jacobs Fragrances Daisy Eau So Fresh Salah satu perfume dibawah Jenama Marc Jacobs untuk wanita, Daisy menjadi pilihan ramai wanita bersebab. Baunya segar dan membawa rasa muda kepada diri anda dan akan membuat anda berbau seperti padang rumput di musim luruh penuh mekar. Kalau korang baru memilih perfume untuk pertama kali, Daisy adalah sesuai untuk korang wanita anggun. 2. Chanel Coco Mademoiselle Eau De Parfum Setiap wanita mahukan Chanel didalam hidup mereka. Dan tiada yang lagi bagus dari bauan dari Chanel. Coco Mademoisell

Che Hassan Dari Pasir Mas Berniaga Telur Masin Mampu Mendapat RM12000 Sebulan

Image
Dalam keratan suratkhabar yang dibaca oleh saya, Che Hassan nih dulunya seorang yang miskin. Pendapatan bulanannya hanya sekitar RM600 hasil melakukan pelbagai kerja kampung. photo harian metro Namun, nasib Che Hassan dari Pasir Mas ini berubah apabila dia menyertai program Azam Tani anjuran MARDI pada tahun 2013. Awalnya Che Hassan membela dalam 50 ekor itik, kemudian bertambah ke 100 ekor dan kemudiannya ke 2000 ekor. Setiap pagi Che Hassan akan melepaskan itik-itiknya untuk mengelakkan itik-itiknya berasa stress. Che Hassan bagitau bila itik tak stress, telur yang dihasilkan nanti lebih berkualiti. photo harian metro Setiap hari, Che Hassan akan mengutip sekitar 860 hingga 950 biji dan ia akan dikumpulkan di bengkel untuk penyediaan telur masin. Beliau jugak menggaji penduduk kampung untuk membantunya dalam proses penyediaan telur masin. Setiap hari Che Hassan mampu memproses 2000 telur masin yang kemudiannya dibekalkan kepada peniaga sekitar Pasir Mas dan

Pelajar Kelantan Cipta Sistem Hidup Motosikal Guna Cap Jari

Image
Peka dengan masalah kecurian motosikal, dua pelajar Kolej Vokasional (KV) Bachok tampil mencipta sistem menghidupkan motosikal menggunakan imbasan cap jari. Ciptaan yang dinamakan ‘Fingerprint Bike Starter’ dibangunkan Wan Amiruddin Wan Amran dan Adeeb Aideen Mat Yusof, masing-masing berusia 19 tahun bagi memenuhi projek tahun akhir Diploma Jurusan Teknologi Elektronik, kolej vokasional itu. Wan Amiruddin berkata, mereka mengambil masa selama enam bulan bagi mencipta sistem berkenaan termasuk membina prototaip dan menguji sistem itu pada motosikal. Katanya, sistem menghidupkan motosikal menggunakan cap jari itu boleh dipasang di motosikal dan kereta yang menggunakan butang elektronik. Bagi Adeeb Aideen pula, ciptaan ini menggunakan perisian Arduino yang dilengkapi sistem rakaman suara dan paparan kristal cecair (LCD) dengan perkakasan elektronik seperti alat pengimbas jari ditempah daripada luar negara. Katanya, walaupun sistem itu baru dibangunkan mereka sudah

Jom Like