Brader Dari Dungun Ini Meraih Sekitar RM7000 Sebulan Hasil Jualan Telur Itik Masin


Walaupun nampak kotor dan nampak macam kekampungan, tapi itu tak menghalang brader dari Kampung Bukit Merah, Padang Pulut memilih untuk menternak itik penelur sejak 5 tahun lalu.

Walaupun ada kelulusan dalam bidang seni bina, tapi dia memang meminati penternakan sejak dari dulu lagi.

Dia menternak sebanyak 1700 ekor itik yang menhasilkan lebih kurang 1,200 biji telur sehari bergantung kepada keadaan cuaca.






Katanya, telur itik itu akan diproses menjadi telur masin dan bagi tempoh sebulan mampu mengeluarkan lebih 36,000 biji telur masin untuk diedarkan di 30 kedai di empat daerah iaitu Hulu Terengganu, Dungun, Kuala Terengganu dan Marang.

Setiap bulan, dia mendapat keuntungan bersih sekitar RM5000 ke RM7000 iaitu lebih banyak dari kerja makan gaji.

Sumber harian metro




Comments

Jom Like

Popular posts from this blog

Cara Nak Mintak Kerja Kat Ain Medicare Pengkalan Chepa

Shopping Mall Di Kelantan Hambar ?

Nasi Kerabu Tersedap Di Dunia Ada Di Terengganu