Jom Kenal Sisi Jejaka Kelantan Yang Ramai Tak Tahu


Minggu lepas saya ada mengepost satu artikel yang menjelaskan asbab kenapa jejaka kat Kelantan ini kacak dan bijak


Kali ini pulak saya nak berkongsi pulak sisi dan sifat jejaka Kelantan yang mungkin ramai wanita/gadis diluar sana tak tahu.




1. Suka Berada Dibelakang Tabir
Ramai yang tuduh lelaki Kelantan malaskan ? Sebenarnya itu palsu sama sekali !! Sebenarnya lelaki Kelantan lebih suka bekerja dibelakang tabir dan si isteri bekerja didepan tabir. Kalau bab kerja-kerja berat serah kepada lelaki manakala bab negotiation dan berurusan diserahkan kepada si isteri. Bukankah itu lengkap melengkapi. So next time kalau pegi Pasar Siti Khadijah lepas tu nampak si husband lena tidur manakala si isteri tengah sibuk berniaga, jangan terus dituduh si husband itu pemalas, sebenarnya dia dah penat bekerja sepanjang malam. Hanya time siang baru boleh berehat sekejap.

2. Lelaki Kelantan adalah family oriented
Lelaki Kelantan lebih mementingkan family dari orang lain. Mereka nih sanggup berkorban semata-mata nak untuk family. Sebab itu jangan heran kalau ramai jejaka Kelantan berhijrah ke luar Kelantan untuk mencari peluang baru.




3. Lelaki Kelantan Pandai Masak
Kalau korang gi mana-mana kedai makan kat Kelantan, mesti tukang masak tu lelaki kan ? Itulah kelebihan lelaki Kelantan. Diorang pandai masak. Even saya pun pandai masak. So nanti si isteri kalau rasa malas nak masak tak perlu rasa susah hati kerana si husband jejaka Kelantan boleh masakkan gulai kawah.

4. Lelaki Kelantan Mulut Manis
Lelaki Kelantan nih kalau korang perasan time belum kahwin mesti ramai gewe. Yang herannya muka biashe-biashe jea tapi gewe 3 ke 4 orang !! Lepas tu tak kantoi pulak tu. Macam mana diorang buat ? Sebab mulut manislah yang pandai berkata-kata.

Apa lagi yea ? Dah habis idealah saya. Kalau korang ada idea apa kelebihan lelaki Kelantan, jangan segan silu untu komen dibawah.







Comments

Jom Like

Popular posts from this blog

Cara Nak Mintak Kerja Kat Ain Medicare Pengkalan Chepa

Shopping Mall Di Kelantan Hambar ?

Nasi Kerabu Tersedap Di Dunia Ada Di Terengganu