Kecewa Ditolak Lelaki, Gadis Gemuk Ini Nekad Turunkan Berat Badan


Gara-gara memiliki berat badan berlebihan, seorang gadis bukan sahaja diejek malah turut ditolak untuk dijadikan kekasih oleh para lelaki.

Berikutan itu, gadis yang dikenali sebagai Ainnur Zulkifli nekad untuk mengubah penampilannya dengan melakukan diet sihat.

Akhirnya selepas hampir 7 bulan berusaha, beliau berjaya mengurangkan berat badan sehingga 35kg. Satu perubahan yang ketara bukan ?




Menerusi perkongsiannya di Twitter, Ainnur telah mendedahkan tips dan petua yang diamalkan sepanjang melakukan diet tersebut.


Kata Ainnur, apa yang paling penting ialah sesiapa yang ingin menurunkan berat badan perlu bersedia dari segi mental dan fizikal agar tidak mudah berputus asa.

“Tips yang paling penting adalah dengan minum air dengan kadar yang banyak supaya sentiasa berasa kenyang, selain dari mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan menikmati makanan yang dimakan,” katanya.




Menurut Ainnur, diet perlu dilakukan dengan cara yang betul supaya tidak menyeksa diri.

Selain dari mengubah gaya pemakanan, dia juga turut aktif melalukan senaman kardio selama 40 minit setiap hari.




Comments

Jom Like

Popular posts from this blog

Cara Nak Mintak Kerja Kat Ain Medicare Pengkalan Chepa

Shopping Mall Di Kelantan Hambar ?

Nasi Kerabu Tersedap Di Dunia Ada Di Terengganu